Level of Teacher Teaching and Facilitation in One of Langat District Secondary Schools

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Hj. Miskon

Abstract


  Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kemahiran pengajaran dan pemudahcaraan guru berdasarkan SKPMg2 dalam kalangan guru di salah sebuah sekolah menengah Daerah Hulu Langat. Fokus kajian adalah terhadap enam standard (6) iaitu guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan murid sebagai pembelajar aktif. Sampel kajian terdiri daripada 37 orang guru yang bertugas di sekolah berkenaan. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan dengan menggunakan instrumen soal selidik sebagai pengumpulan data utama manakala data kuantitatif diperoleh melalui temu bual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat guru-guru (31 orang) yang hanya menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) seminggu sekali sebelum dihantar kepada pihak pentadbir untuk disemak. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap kemahiran pengajaran dan pemudahcaraan guru dalam enam standard yang dikaji berada pada tahap tinggi (min=3.90; sp=.25).Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa isu utama dalam aspek pengajaran dan pemudahcaraan yang dihadapi dan sukar untuk diselesaikan dalam kalangan guru adalah sikap murid (14 orang). Disamping itu dapatan kajian juga menunjukkan terdapat dua (2) bantuan yang sangat diperlukan oleh guru-guruuntuk menjadi guru yang berkesan iaitu kursus berkaitan kaedah pengajaran (15 orang) dan penyediaan kemudahan peralatan pengajaran (7 orang).Pengkaji mencadangkan agar guru-guru di sekolah ini mengikuti latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh sekolah, PPD, JPN dan pelbagai institusi pendidikan yang lain serta mengamalkan proses pembelajaran sepanjang hayat untuk menambah ilmu berkaitan pengajaran dan pemudahcaraan. Seterusnya pihak pentadbir sekolah dicadangkan untuk menganjurkan latihan dalam perkhidmatan secara berkala, khususnya yang berkaitan pengajaran dan pemudahcaraan, manakala bengkel mengikut panitia dan bidang perlulah dilaksanakan untuk meningkatkan kompetensi guru dalam pengajaran dan pemudahcaraan serta melantik mentor kepada guru-guru baharu yang memerlukan bimbingan.


Kata Kunci: kemahiran pengajaran dan pemudahcaraan, SKPMG2,latihan dalam perkhidmatan


Full Text:

PDF

References


Abdul Ghoni Ahmad. (2018). Pendidikan kita bertaraf dunia. Majalah Pendidikan. Feb 2018: Jilid 120.

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod, Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017). Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol 7, Bil.2: 77-88.

Azman Ab Rahman, Syed Salim Syed Shamsudin, Nurul Nadia Nozlan, Muhammad Faiz Abd. Shakor & Afaf Sukari. (2021). Pandemik COVID-19: Cabaran pengajaran dan pembelajaran (PDP) Pendidikan Islam dalam pendidikan khas bagi pelajar orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran di Malaysia. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs 5: 127-138.

Benade, L. (2015). Teacher’s critical reflective practice in the context of 21st century learning. Open Review of Educational Research. Vol 2(1). 42-54.

Hussin., S. (2014). Cabaran menyeluruh dalam pelaksanaan transformasi pendidikan untuk masa depan Malaysia. Seminar Transformasi Pendidikan Nasional. Fakulti Pendidikan. Kertas Ucap Utama.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). SKPMg2: Pengenalan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).

Khuzaimah Zaaim, Mohamed Yusoff Mohd Nor & Shahlan Surat. (2019). Tahap kompetensi Guru (PdPc) SKPMg2 dan tahap kemenjadian murid. International Journal of Education, Psychology and Counseling. Vol. 4 Issues, 51-62.

Losius Goliong, Mohd Khairuddin Abdullah & Rosy Talin. (2018). Kompetensi pegadogi guru dan prestasi akademik di sekolah-sekolah berprestasi rendah. Jurnal Kurikulum, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jilid 3; 80-91.

M. Nur Mustafa. (2013). Profesional competency differences among high school teachers in Indonesia. International Educational Studies, Canadian Center of Science and Education, Vol. 6, No. 9: 83-92.

Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan, Mohd Isa Hamzah. (2017). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru pendidikan islam sekolah menengah di Selangor terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran pendidikan islam. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J). Vol 1. 1-13.

Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman, Khairul Anur Bahrin. (2019). Amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru sekolah rendah. Jurnal IPDA Bil. 26. Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra,Kedah.

Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2018). Hubungan pelaksanaan komposisi pembelajaran yang mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Vol 5 (1): 63-80.

Mohd Zailani Ismail & Mohamad Khairi Othman. (2017). Amalan pedagogi abad ke-21 dalam kalangan guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam di Institut Pendiidkan Guru Malaysia. Jurnal Penyelidikan Dedikasi. Jilid 13.

Nurul Izzati Azizi, H. M. (2011). Perbandingan faktor yang mempengaruhi prosespengajaran dan pembelajaran antara sekolah di bandar dan luar bandar. Journal of Education Management, Vol. 1:34-47.

Shamilati, C.S., Wan Mazwati, W.Y. & Rahimah, E. (2017). Teacher’s challenges in teaching and learning for higher order thinking skills (HOTS) in primary school. International Journal of Asian Social Sciences. 7(7): 534-545.

Sharifah Bee. (2015). Transformasi Dijana Legasi: Koleksi Ucapan 2012-2015. Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang. KPM, JPPP. Pulau Pinang.

Sukiman Saad, Noor Shah Saad & Mohd Uzi Dollah. (2013). Pengajaran kemahiran berfikir: Persepsi dan amalan guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, Vol. 2,(1): 18-36.




DOI: https://doi.org/10.31980/civicos.v6i1.1735

DOI (PDF): https://doi.org/10.31980/civicos.v6i1.1735.g1192

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


   Creative Commons License